PEMBENTANGAN: SEKELUMIT PENGALAMAN BERTEMU SAUDARA BARU
Tajuk ini mungkin kurang menarik kerana hanya sekadar pengalaman peribadi saya bertemu saudara kita ketika menjalankan kajian lewat 96 dahulu. Namun ia bermakna untuk memahami rasa hati dan kehendak kalangan warga saudara kita. Sehabis pembentangan, dua soal jawab dikemukakan menyentuh soal kebijaksanaan dai dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Kerjasama semua pihak juga amat perlu dalam menentukan kelangsungan pendidikan –tarbiah- saudara baru. Usah dibiarkan mereka tenggelam dalam kejahilan setelah lama kita mengislamkan mereka.
Setelah tamat sesi pembentangan, dua orang pelajar UiTM Sarawak datang menghampiri saya. Mereka berkongsi pengalaman dalam rangka dakwah kepada non-muslim dan menjadikan perkahwinan sebagai medan dakwah yang praktikal. Pada saya, perkahwinan masih reliven menjadi faktor utama penerimaan Islam, bukan hanya raja-raja dan pembesar dahulu sahaja, malah hingga ke hari ini.
Dua isu utama yang saling melengkapi; kualiti dan kuantiti. Kedua-duanya sama perlu dan sama penting. Kualiti tidak akan ada tanpa kuantiti. Perlu kuantiti dahulu baharulah kualiti akan lahir. Mungkin benar. Hakikatnya saudara kita di Kudat dan Kota Marudu; sekadar contoh, dahulunya mereka hanyalah Islam pada kuantiti dan hari ini generasi anak-anak adalah penerus kualiti dan kuantiti masyarakat Islam di Sabah.
Mungkin elok kita renungkan bahawa kita perlu menghargai kuantiti seiring juga menjaga kualiti umat Islam. Selamat berjuang.
No comments:
Post a Comment