Monday, March 3, 2008

PENGUNDI INDIA SOKONG PAS

APABILA INDIA SOKONG PAS
Apabila masyarakat India pada Pilihanraya ke 12 kali ini menggantungkan bendera PAS, menjadi penyokong terbuka kepada PAS, banyak perkara yang boleh kita lihat. Menurut rakan saya dari Kedah, masyarakat India berlumba-lumba menggatung bendera PAS di kuil-kuil dan tepi-tepi jalan. Saya kira inilah pertama kali dalam sejarah negara, kaum India memberi sokongan terbuka kepada PAS, jika tidakpun pembangkang lain.
Ia bermula dengan gerakan Hindraf. Gerakan Hindraf menuntut beberapa kepentingan kaum mereka teramsuklah melahirkan rasa jelak dan benci kepada UMNO. Terang-terang dalam tuntutan Hindraf melahirkan rasa benci kepada UMNO dan kerajaan. Hindraf pada mulanya bersendirian tanpa kawan. Namun apabila PAS dan Keadilan bersama menyahut sokongan, Hindraf mempunyai rakan dan kawan.
Pada saya, ini perkara yang menarik. Hindraf tidak boleh dibiarkan bersendirian, jika tidak nanti berulang lagi 13 Mei yang merosakkan hubungan kaum di Malaysia. Dengan sokongan PAS dan Keadilan kepada Hindraf, paling tidak ia telah mengendurkan tuntutan dan kemarahan Hindraf kepada kerajaan kerana mereka juga kena mengambil kira kepentingan mereka dalam gabungan DAP, PAS dan Keadilan.
Hikmahnya, secara langsung Hindraf menjadi sebuah parti pembangkang yang terarah bukannya lagi fanatik melulu. Di sini mungkin benar ada hikmahnya Hindraf menjulang bendera PAS dan bendera Keadilan. Keamanan dan keadilan itu yang lebih utama berbanding kemarahan dan tuntutan luar biasa yang menimbulkan keresahan orang ramai.

1 comment:

Beyta said...

Ustaz, ade maklumat yang Hindraf ni pada asalnya direka oleh KJ dan koncu2nya bagi tujuan tertentu... Pada awalnya ia berjalan mengikut script... tetapi muncul pula beberapa watak yang membuat tuntutan yang tidak terkandung di dalam skrip rekaan KJ... Lalu berlaku lah kacau bilau dan parti2 pembangkang mengambil peluang ini...