Kenyataan tegas Menteri Penerangan mengenai Mahathir seakan suara keramat yang dinantikan selama ini dari kalangan kabinet Pak Lah. Tidak pernah ada kabinet Pak Lah yang bangun membela Pak Lah dalam keadaan kekalutan dan kegawatan ini, dan Datuk Ahmad Sabery satu-satunya menteri yang lantang menjawab tohmahan Mahathir.
Sememangnya rakyat tahu pada zaman Mahathir dahulu tidak ada serangpun yang berani melawan dan bercanggah pendapat dengannya. Mahathir berjaya membentuk sebuah kerajaan ’yes men’ dengan kuasa kuku besinya cukup mencengkam. Keutuhan parti banyak terletak pada ’kuasa penuh’ dan ’kuku’ yang Mahahir letakkan, bukannya pada ketulusan dan kebenaran yang diperjuangkan. Itulah hakikatnya.
Namun setelah Mahathir berada di luar kerajaan dan parti, dia semacam lupa dan melupakan apa sahaja yang dia bentuk. (Melayu mudah lupa..) Dia dahulunya menghalang anggota parti bersuara, sebaliknya hari ini pula dia menjadi jaguh untuk memecahbelahkan parti. Paku dulang paku serpih..
(Kami menanti suara MP lain yang tegas untuk memulihkan kembali kestabilan UMNO dan kerajaan yang diterajui, itupun jika ada).
No comments:
Post a Comment