Monday, April 14, 2008

PERKARA YANG MENGEMBIRAKAN

Terlalu banyak perkara yang mengembirakan saya yang ditentukan Allah. Setiap hari banyak cerita dan perlakuan gembira yang kita lakukan. Pada saya apa yang mengembirakan apabila kita melaksanakan sesuatu yang berfaedah untuk semua. COntohnya baru-baru ini Allah berikan idea kepada saya untuk menganjurkan program Pemantapan Solat utk Staf UiTMJ. Idea ini datang setelah melihat laporan AKNC mengenai kurangnya staf sokongan mendapat latihan. Saya buatkan kertas kerjanya dan jayakan programnya. Alhamdulillah respon begitu baik dan ia mengembirakan saya...

Seperkara lagi ialah ketika saya mencadangkan beberapa perkara dan ia dijayakan hasil cadangan dan gerak kerja yang saya mulakan, itulah yang sungguh membahagiakan.. Antaranya yang pernah saya cadangkan;

1. Mencadangkan solat Jumaat di Surau Al-Muhajirin, Taman Yayasan. Bermula apabila YB Jementah ketika itu YB Gan datang lawatan ke surau dan saya usulkan supaya kami mendapatkan sebuah masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Masjid Buloh Kasap dan masjid Sulir agak jauh kepada jemaah di Taman Yayasan. Terperanjat besar ahli majlis dan PEjabat Agama apabila YB Gan -berbangsa Cina- mengusulkan masjid di Taman Yayasan dan akhirnya kami mendapat kebenaran berjumaat di situ mulai 8 Feb 2002.

2. Menubuhkan kumpulan Yasin Wanita Taman Yayasan Fasa 2. Idea ini telah lama timbul tetapi tiada tindakan yang dibuat. Akhirnya pada satu kunjungan jiran-jiran ke rumah saya, saya cadangkan penubuhannya. Dan majlis mesyurat pertama diadakan di rumah saya dan terbentuklah sebuah kumpulan yasin wanita fasa 2 (KYTY2) dan alhamdulillah ia berjalan dengan baik hingga hari ini...

3. Cadangan menubuhkan Sekolah Agama Taman Yayasan. Selaku YDP Badan Kebajikan Sek Agama Buloh Kasap, saya rasakan perlunya anak-anak di Taman Yayasan mendapat sebuah sekolah agama di TY. Surat pertama saya kemukakan kepada Pej Agama Johor tidak dibalas pada tahun 2005. Selanjutnya pada 2008 sekali lagi diusulkan. Dan Alhamdulillah, baru -baru ini pihak berkenaan setuju untuk membuka Sek Agama Taman Yayasan dengan menyewa bangunan YPJ. Syukur. Ia tentunya mengembirakan saya dan orang lain juga.

Gembira kerana kita yang menjadi pencetus sesuatu yang baik.

5 comments:

Daia said...

Salam..
Hari2 yang mendatang tak semuanya ceria.. kadang2 ada mendungnya juga.. 2 hari yang lepas saya ada balik belajar ari segamat.. pagi semalam pulak dengan keadaan yang lemah tapi dengan wajah yang tersenyum saya datang ke sekolah untuk mengajar..apa yang malangnya ialah ada sorang student saya yang terkencing kat dalam kelas..pastu sorang lagi yang termuntah kat dalam kelas..dah lah ari tu tengah puasa..ari nie pulak sorang lagi yang termuntah... ayoyoyo... petang pulak kena gi bangi..apa dah jadi nie.. nie lah yang dinamakan takdir...tak semua apa yang kita nak adalah ceria..

Unknown said...

sabarla daia..orang yang bersabar dengan dugaan Allah ketika berpuasa besar ganjarannya..betul tak ustaz?

Daia said...

Salam..
Memang apa yang kak diana cakap tu betul..tapi sabar ada hadnya..tak kan sampai orang nak pijak kepala..kan daia dah cakap, jangan panggil daia ustazah la kak...

Ahmad Nawawi Yaakob said...

diana dan daia... sume perkara berlaku ada pengajarannya.. saya fikir yg baik je.. jadi apa nak susah kalau anak murid terkencing, basuh je la... sori ye daia...

Daia said...

salam..
apa yang ustaz cakap tu memamg betul. sesuai dengan motto kelas daia "ada kucing ada tikus, lepas kencing harap jirus"..huhuhu