Tuesday, April 22, 2008

SESUCI KASIH NORLINA ALAWI

Sebuah buku Sesuci Kasih Norlina Alawi menjadi tatapan untuk saya baca hingga ke akhirnya. Menarik dan menyentuh hati dari apa yang dipaparkan oleh penulisnya, Lily Haslina Nasir. Biarpun ceritanya seakan melompat-lompat namun sentuhan yang diberikan banyak menyentuh naluri keinsafan insan. Teringat saya pada kata-kata Hajah Norlina; ‘Saya memasarkan diri saya untuk anak-anak yang saya didik...’ Puan Hajah Norlina tidak segan-segan mengakui dia perlu ke hadapan ke tengah dan masyarakat; ke tengah masyarakat bukan untuk bermegah-megah tetapi untuk memahamkan apa yang dia buat sekarang.

Dia mempromosikan dirinya dan apa yang dibuatnya agar orang lain faham dan tahu apa yang dia buat. Dia tidak boleh berseorangan, dia tidak mampu bersendirian dalam mengorak langkah membantu anak-anak terbiar dan tertinggal seperti ini. Pedulikan orang yang mengata itu dan ini, kerana mereka tidak mampu membuat apa-apa selain menyebarkan ceritera dan fitnah melulu sedangkan dia terpaksa jatuh bangun membesarkan anak-anak bersendirian.

*Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang PERNIM dan Hajah Norlina, sila dapatkan buku berkenaan terbitan Alaf 21 berharga RM8.00 sahaja.

3 comments:

Rina said...

dah berapa org anak2 HIV yg dia jaga ustz?

Ahmad Nawawi Yaakob said...

anaknya sendiri ada 7, anak angkat dlm 36 orng termasuk beberapa yg HIV positif.. Subhanallah

Daia said...

saya terlalu kagum dengannya. apa yang dia buat memang betul. terlalu besar jasanya kepada masyarakat.