Thursday, May 8, 2008

ACARA SAMBUTAN HARI IBU DI SURAU TY

ACARA SAMBUTAN HARI IBU
SURAU AL-MUHAJIRIN,
TAMAN YAYASAN

Surau Al-Muhajirin akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Ibu pada 10 Mei 2008 (Sabtu) bertempat di surau ini bermula jam 8.30 pagi.

Program yang julung-julung kali diadakan sebagai satu penghormatan dan penghargaan kepada kaum ibu yang berkorban dan bertungkus lumus selama ini. Satu ceramah ringkas disertai persembahan multi media akan disampaikan di samping persembahan nasyid dan pertandingan masakan. Nampaknya meriah juga sambutan Hari Ibu yang akan diadakan esok.

Semua jemaah dijemput hadir bersama keluarga (suami, isteri dan anak-anak) bagi menghayati erti pengorbanan dan kasih sayang ibu dan bapa.

Tentatif Program:

8.30 pagi Pendaftaran
9.00 pagi Bacaan al-Quran
Ucapan aluan Pengerusi Surau
Perasmian majlis
Persembahan nasyid
9.40 pagi Ceramah “Erti kasih seorang
Ibu” dan persembahan multi media.
10.30 pagi Penyerahan hadiah tanda kasih
anak kepada ibu dan bapa.
(Anak-anak sila pastikan membawa hadiah/bunga atau apa sahaja barangan sebagai penghargaan kepada ibu)

Pengistiharan dan penganugerahan IBU
MITHALI AL-MUHAJIRIN 2008
Pengumuman pemenang pertandingan memasak11.00 Jamuan ringan dan bersurai

No comments: