Hari ini saya bersama-sama Amir, rakan muda Taman Yayasan bertemu Pegawai Belia & Sukan Daerah Segamat untuk mohon kerjasama dan peruntukan kewangan bagi menjayakan aktiviti camping anjuran surau dan biro rakan muda. Malangnya peruntukan tiada dan pegawai berkenaan masih baru dan belum mahir selok belok bagi mendapatkan dana. Tak apa yang penting kita usahakan sesuatu.
Berkejar pula ke Pernu, Melaka menzirahi rumah anak yatim; Dar Al-Aitam bersama sdr Faizal dan Azman bagi menyampaikan sumbangan hasil aktiviti Kolej SR, UiTM. Terharu apabila bertemu Datuk Haji Idris, pengasas dan pengetua di situ (baru dua tahun dapat Datuk), orangnya tetap sopan, lunak dan cermat tutur bicaranya. Suka dukanya memulakan asrama dan madrasah ini tentunya besar dan mencabar. Kagum dengan kehebatan mereka yang menjadi peneraju.. So, be the leader to lead others and Allah will give us the reward..
Besok (Jumaat 23 Mei) bercuti nak beli benih cacing dari Banting...
No comments:
Post a Comment