Thursday, May 22, 2008

RUMAH ANAK YATIM PERNU

Lebih RM1000 telah diserahkan kepada Asrama Anak Yatim Dar Al-Aitam, Pernu Melaka hasil daripada usaha Kolej Sempana Riau, UiTM Johor menganjurkan programnya tidak lama dahulu. Sumbangan berkenaan diserahkan En Muhamad Azman Napiah dan En Faizal, Pegawai Pembangunan Pelajar kepada Datuk Haji Idris Haji Talib, Pengetua asrama berkenaan pada 22 Mei 2008. Dalam ucapan ringkasnya, Datuk Haji Idris melahirkan penghargaan terima kasih kepada UiTM yang banyak menyumbangkan bakti kepada asrama itu yang kini menampung 40 orang anak yatim dan anak terbiar dari seluruh negeri. Turut hadir Ustaz Ahmad Nawawi yang pernah menjalankan penyelidikan di situ. (Any)

No comments: