KOMENTAR DEBAT
Pada saya debat kali ini amat baik;
1. Kedua-dua panel berjaya mengawal emosi dengan baik
Pada saya debat kali ini amat baik;
1. Kedua-dua panel berjaya mengawal emosi dengan baik
2. Topik perdebatan amat jelas dan tuntas
3. Peluang berhujah adalah sama rata dan sama rasa
4. Nordin Kadri mengemukakan soalan yang kurang baik, kurang difahami
5. Johan Jaafar berjaya mengawal emosi, kerana lewat Debat Perdana dahulu, dia lebih menekan pembangkang berbanding kali ini yang lebih setara dan adil.
6. Kaedah perdebatan seperti ini nampak lebih tersusun dan lebih adil, elok diteruskan lagi pada masa akan datang.
7. Kematangan politik rakyat Malaysia jangan diperkecilkan. Monopoli kerajaan pada media selama ini perlu difikirkan semula. Jangan marah jika rakyat lebih percayakan blog kerana media perdana terlebih banyak penipuannya daripada realiti. Mungkin debat terbuka seperti ini perlu diteruskan lagi pada masa akan datang.
8. Tahniah kepada Datuk Ahmad Shabery yang berani menyahut cabaran. Dan Tahniah juga kepada Anwar yang berjaya menjelaskan gagasannya. (Ingat mereka berjuang untuk kebaikan rakyat juga, walau tidak dinafikan ada kepentingan peribadi.. itulah politik dan itulah realiti yang Islam benarkan).
1 comment:
Dengar cerita debat hendak diinstitusikan..?
Post a Comment