Ketika makan tengah hari di Jementah tengah hari tadi, seekor kucing menguis kaki. Saya memandang kepadanya dan dia merenung tajam meminta makanan. Dia tidak mengiau, tidak pula bising. Memerhati bahasa matanya, saya faham apa yang diminta. Secubit ikan saya hulurkan ke bawah dan dia makan.
Kucing ini dapat habuannya dengan pendekatan diam dan tindakan yang cukup minima - sekadar menguis kaki saya. Ada pula kita perhatikan, sesetengah kucing yang begitu agresif meminta makanan. Ada yang mengiau kuat, ada yang menggesekkan badan ke kaki kita, ada yang sampai melompat ke atas meja.. semuanya dengan tujuan yang satu; iaitu mendapat makanan.
Terfikir saya sendiri. Begitulah juga cara komunikasi manusia. Ada kalangan kita yang perlahan sajaha cara mintanya, ada yang agresif yang luar biasa, ada yang sampai menakut-nakutkan kita apabila meminta sesuatu. Soalnya, apakah pendekatan terbaik untuk kita meminta sesuatu? Mungkinkah cara lunak dan perlahan itu memberi manfaat atau ada ketikanya dengan pendekatan agresif demi menuntut hak...
Ya, barangkali begitu.. Menuntut Pulau Batu Putih tentunya perlu langkah yang agresif, tidak pasif malah mungkin jika perlu menggugut... Tapi kalau nak minta kelulusan projek tertentu daripada ketua atau majikan, lebih mulia menggunakan pendekatan sopan dan lunak. Mohon komen.
No comments:
Post a Comment