Wednesday, July 30, 2008

MASALAH MAIN-MAIN AGAMA

25 Julai lalu saya terima SMS bertanyakan sama ada saya free atau tidak. Lambat saya hendak membalas SMS-nya akhirnya dia mengirimkan SMS utk saya;

"Semalam saya bergaduh dengan boyfriend saya, saya dalam keadaan marah dan geram terlepas cakap, saya akan putus dengan dia dan kalau saya still dengan dia, saya akan keluar Islam. Adakah sah walaupun tak sengaja, tapi waras dan tengah geram dan marah" 017-61885xx 1446

Tergamam juga saya membaca SMS nya. Saya menelefonnya beberapa kali tetapi tidak diangkat. Dia memberi mesej; Saya malu hendak bercakap dengan ustaz.

Saya balas SMSnya; nanti saya cuba cari hukumnya dr kitab atau rakan-rakan lain yang dapat membantu, buat masa ini, cepatlah bertaubat dan jaga diri...

Akhirnya dia menelefon saya... Saya kongsikan pendapat Us Sidek bahawa; Kalau ucap dengan sedar akan batal Islam dan kena taubat... dengan beberapa nasihat dan pujukan saya kira pelajar berkenaan kembali tenang...

Itulah remaja kita... Jangan main-main dengan agama.

3 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Ustaz..
Tatkala saya membaca tulisan ustaz ni, mengucap panjang saya..astaghfirullah Al-azim...Ya Allah..sampai mcm tu sekali remaja-remaja sekarang...ya Allah..ustaz..ni sesuatu yang baru saya dgr..
Semoga remaja tersebut..bertaubat, hanya kerana lidah...insyaAllah semoga remaja tersebut sedar akan kesilapannnya...mudah2han..:)

Ahmad Nawawi said...

Huda, batasan iman dan kufur makin menipis. Mereka barangkali tidak sedar apa yang diucapkan, dilakukan. Namun kita perlu lebih mendekati remaja, memahami dan memberi bimbingan berterusan.. Saya mahu bersama mat rempit di tempat saya.. tapi masih belum kesampaian waktu berbuat demikian.. Remaja perlu dibimbing.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

insyaAllah ustaz..saya doakan usaha ustaz akan dimakbulkan..semoga sama2 kita dapat membimbing remaja2 di luar sana..insyaAllah..