Tuesday, July 29, 2008

POKOK MANGGIS dan MUSIM DURIAN

Petang 27 Jul, saya bersama Haji Hasan dipelawa ke kebun Ayahanda Hj Khalid untuk mengambil manggis. Telah lama saya tidak memanjat pokok manggis dan kali ini berpeluang hingga ke pucuk paling atas. Ngeri. Tapi berbaloi juga dapat dua guni manggis.

Di samping itu, dapat pula durian yang gugur di kebunnya. Rambutan pula ada hamba Allah lain yang bagi... dia tahan kereta kami dan dipelawa mengambil rambutan.. Begitulah nikmat Allah.

Saya tidak ada kebun durian di Segamat, tapi durian tak putus ada di rumah. Ada yang saya beli, dan banyaknya orang bagi. Siapa yang bagi?

Pak Zainal
Abg Ghani
Hj Ismail bapa Dr Aziz Hidayat yang mempelawa saya ke kebunnya mengutip durian...
Seorang Cina jiran tepi surau pun bagi manggis...

Makanlah durian dan manggis sebagai nikmat dan rahmat Allah. DIA taburkan rezeki di mana sahaja kita berada dan hanya kita mahu bersyukur atau tidak.

No comments: