Dua hari lalu saya dijemput menghadiri Mesyuarat Tahunan UMNO Caw Tmn Yayasan. Dijemput bukan kerana saya ahli UMNO, mungkin atas status imam dan rakan-rakan rapat yang terlalu baik di surau. Dan hampir setiap tahun saya dijemput dan menyertai mesyuarat ini.
UMNO nampak makin hilang taringnya. Rata-rata pemimpin UMNO kalangan orang lama dan anak muda tiada nampak penglibatan. Apabila dijemput bersuara, saya nyatakan perlunya kita melihat beberapa perkara utama;
1. Penglibatan generasi muda dalam NGO spt ini perlu dihebatkan. Bukan kerana UMNO, tetapi atas apa jua persatuan dan kesatuan, generasi muda sepatutnya menjadi tulang belakang kuat sesebuah organisasi. Kejayaan PAS dan PKR adalah kerana anak muda yang kebanyakannya graduan universiti yang melibat sama. UMNO tidak kelihatan seperti ini.
2. Jangan suka marahkan blog atau bersikap anti blog sebagai medium yang paling mempengaruhi. Blog ialah teknologi kenapa orang UMNO tidak menggunakan teknologi sedangkan MSC kita sendiri yang bawa masuk? Blog adalah gagasan dan medium orang muda yang gagal dimanfaatkan UMNO.
3. UMNO telah hilang idealisme perjuangan. Sekadar meminta parit, trafik light, baju yasin, pinggan mangkuk, itu bukannya gagasan kepimpinan yang baik. Memang kalau diberi, kita amat bersyukur tetapi perkara lain soal memantapkan ekonomi Melayu, menjaga dan memastikan aset Melayu tidak berpindah tangan, soal pendidikan, soal kerjaya Melayu di sektor swasta, soal memperbanyakkan syarikat dan perniagaan Melayu, soal pembangunan yang tidak terkejar oleh orang Melayu, soal menegakkan hakimiah Allah, soal perpaduan sebenar bangsa Melayu atas nama Islam, dan banyak lagi gagasan perjuangan yang kurang diberi penekanan. Kita serahkan semua itu kepada kerajaan, sedangkan kerajaan tidak punyai upaya dan idea untuk melaksanakannya.
Saya rakamkan tahniah kepada Cikgu Ramlee yang diberi kepercayaan menerajui UMNO TY. Tidak dinafikan kepimpinan beliau banyak menggerakkan aktivisme di TY, sama ada melalui surau, UMNO dan pengaruhnya sbg SU UMNO Daerah Segamat. Tahniah.
No comments:
Post a Comment