Friday, July 25, 2008

PARKING CARA KL...

Ketika berada di Hospital Kuala Lumpur, amat payah mencari ruang parking. Puan Norlina mencadangkan saya parking sahaja di belakang kereta orang lain dengan tidak menarik 'hand break' dan dalam 'free gear'. Saya kaget. Tidak sanggup hendak buat seperti itu. Tapi katanya; itulah cara parking orang KL..

Saya perhatikan pula kawasan perumahan appartment di Bandar Tun Razak dan dapati cara yang sama penghuninya parking. Kereta bersusun selapis penuh di hadapan kenderaan lain. Apabila kenderaan tersepit hendak keluar, pemandunya terpaksa menolak kenderaan di hadapan. Aktiviti menolak kereta orang sudah menjadi suatu yang biasa pada awal pagi. Dan itulah realiti hidup di bandar.

Bagaimana pula keadaannya kita di Segamat, khasnya di UiTM? Apabila parking lot untuk ketua jabatan dan koordinator dikosongkan untuk projek menaik taraf, parking menjadi semakin sempit. Masih banyak kawasan parking lain, tetapi dirasakan ia agak jauh, seperti parking di Blok I, parking Dataran SB, parking Masjid, parking LT, namun ia agak jauh sikit.

Kalau mereka yang nak parking sejengkal daripada ofis, kenalah buat cara orang KL parking.. Jangan tarik handbreak dan freekan gear.. Amacam? Sanggup tolak kereta orang lain?

4 comments:

Rina said...

salam ustaz,

saya rasa saya tak larat nak tolak kereta besau ustaz tu hehehe...

setakat kancil tu mgkin saya boleh tolak, kalau kereta yg besau & tinggi mcm mana? merah padam muka lepas sesi tolak agaknya hahaha...

budaya parking segamat ialah bunyikan aje hon & tggu pemilik kereta dtg utk alihkan kereta.

atau pun letak contact no kat cermin depan kereta kita supaya pemilik kereta yg kita block tu boleh hubungi kita utk alihkan kereta.

Dziauddin said...

Bagi lelaki inilah masanya nak kuatkan lengan muscle masing2...takyah gi gym..

Ahmad Nawawi Yaakob said...

kalau tempat parking landai kira OK la.. tapi kalau tempat parking berbukit, banyak susah..

Anonymous said...

Good for people to know.