Monday, August 25, 2008

BADAI HUJUNG TANAH

BADAI HUJUNG TANAH karya Cikgu Mohd Kasim Mahmud dinobatkan karya terbaik Sayembara Penulisan Novel Sejarah Johor II 2008 pada 15 Ogos lalu. Kami diundang ke majlis berkenaan yang dirasmikan YB Dato' Haji Abdul Ghani Othman, MB Johor. Mewakili UiTM Johor ialah Lee, Ainol, Shikeen, Nurul Fadilah dan saya teruja dengan persembahan tarian zapin Johor yang indah harmoni dan ada yang tingkah berseni.

Pada malamnya disajikan dengan keindahan budaya Melayu yang cukup cantik diselangi pula madah puisi penyampainya, Rabiatuladawiyah. Bertemu ramai rakan penggiat sastera tanah air sudah mengembirakan hati, lebih-lebih lagi rakan di Yayasan Warisan Johor; Hj Zulkarnain Asmawi, Hj Ismail Zam zam, Pn Zetty, Rabiatul, Lim Swee Ting, Zarinah dll..

Keesokan paginya kami dibengkelkan pula dengan permadahan puisi dari koleksi sajak; "Bahasa Sungai'. Biarpun ringkas dan santai tetapi banyak yang dapat dipelajari.. Dan pulang lewat petangnya..

No comments: