Friday, September 12, 2008

IBRAHIM TERSEPIT PINTU

Baharu sahaja saya melabuhkan diri di sisi isteri jam 2 pagi tadi (12 Sept), kelihatan Ibrahim anak ke 6 yang berusia 3 tahun menangis. Umminya memberitahu Ibrahim tersepit pintu. Jari penunjuk belah kanan hampir tercabut kukunya. Subhanallah. Terperanjat besar saya. Dukung Ibrahim ke luar dan lihat pendarahan masih berlaku.. Ia terjadi jam 11.30 tadi ketika umminya mahu menutup pintu utama, sedangkan Ibrahim di atas tangga (berhampiran pintu) dan tangannya memegang daun pintu di sebelah atas. Memang umminya tidak perasan sama sekali.

Segera saya membawa Ibrahim ke klinik Zohar dan mendapatkan rawatan. Kasihan Ibrahim menangis menahan kesakitan. Ya Allah kenapakah dosaku yang banyak terjadi, dan Kau timpakan azabnya kepada anakku, Ibrahim... Sayu. Pilu. Sedih. Insaf.

Sebetulnya saya baru sahaja tiba dari KL pada jam 1.30 kerana menziarahi Norlina/PERNIM berbuka puasa di sana. Kemudian singgah pula ke rumah abang ipar di Bandar Mahkota Cheras mengambil stok minyak wangi untuk jualan... Banyak kelalaian dalam perjalanan sebegini, sulami dengan lagu-lagu, berkhayal itu ini... dan tersedar sendiri bulan Ramadan yang mulia ini perlu diisi dengan eleman yang baik...

Ya Allah ampunilah kami, permudahkanlah urusan kami.

2 comments:

Daia said...

kesiannya anak ustaz...
bagaimana keadaanya sekarang?

Rina said...

alahai... mcm mane dgn anaknya?