Wednesday, September 24, 2008

PEMBENTANGAN MENARIK DARIPADA PELAJAR

Semalam saya berpuas hati dengan beberapa pembentangan assigment pelajar di dalam kelas. Satu kumpulan (Atiqah dan Ezura) membentangkan kajian ke atas komuniti orang asli di kampung Gadak, Muadzam Shah. Kajian yang dijalankan membuka mata rakan pelajar lain tentang komuniti orang asli yang masih jauh ketinggalan dan jauh dari urusan agama. Gerakan dakwah masih belum cukup kita lebarkan dalam kalangan orang asli walaupun mereka tidak begitu jauh daripada kita..

Tajuk kedua membicarakan tetang adat pepatih dan relivensinya dengan Islam. Ternyata adat ini amat akrab dengan landasan syariat Islam, biarpun banyak salah tanggap dalam kalangan orang luar yang kurang mendapat pendedahan. Pepatah 'biar mati anak, jangan mati adat' adalah perlambangan peri pentingnya manusia berpegang kepada adat. Adat yang dimaksudkan ialah agama, bukan sekadar adat yang difahami literasinya oleh umum.

Adat bersendi hukum
hukum bersendi Kitabullah
kuat adat tak gaduh adat
itu hukum muafakat
itu adat muafakat.

Topik ketiga ialah kajian sosio-budaya masyarakat Bugis di Pontian yang dibentangkan oleh Fauzeehanni, Azrani dan Puteri Hati. Terkedu saya melihat kesungguhan pelajar mencari bahan berkaitan budaya Bugis dan surur galur mereka. Orang Bugis terkenal sebagai pelayar dan pahlawan Melayu terbilang. Kesungguhan mereka mempertahankan agama adalah luar biasa. Dan umat Melayu tentunya terhutang budi kepada masyrakat Bugis yang mewarnai sebahagian sejarah perjuangan bangsa.

Selamat bersidang...

2 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Ustaz..menarik pembentangan masyarakayt bugis di Pontian oleh student ustaz tu..;)

Saya pun orang bugis dari pontian..;)

mafis said...

adat pepatih & Islam..menarik.
sejarah kepahlawanan bugis, hinggakan raja2 melayu juga kini mempunyai susur galur keturunan bugis.

salah sebuah buku yg saya suka baca berkaitan adat pepatih dan Islam adalah novel 'Mencari Locus Standi'
karya nisah haron.