Thursday, February 19, 2009

SOUND SYSTEM KHAS UNTUK MASJID


Sound system untuk masjid tentunya tidak sama untuk kegunaan di padang atau di rumah kenduri. Sound system di masjid tentunya perlu lebih sesuai kerana ia sepenuhnya bergantung kepada kemerduan suara imam semata-mata tanpa iringan alunan muzik, penyanyi latar dan sebagainya. Apabila solat di Masjid Nabawi atau Masjidil Haram, terasa sentuhan suara imam terus masuk ke telinga dan bergelombang dalam minda dan ruh jemaah.

Di mana-mana masjid di Malaysia, kita dapati sound system sentiasa bermasalah. Tidak ramai yang tahu menggunakan (mengendalikan) PA system yang dibekalkan. Biarpun kosnya amat tinggi, tetapi teknologi canggih tidak boleh digunakan sebaiknya kerana kemahiran kepenggunaan tiada (atau amat terbatas). Perkara ini perlu diberi penekanan kepada kita, khasnya kepada imam dan bilal yang sering kali berurusan dengan PA System.

Tiba masanya kita perlu sediakan latihan pengendalian PA system kepada imam dan bilal agar mereka sendiri tahu bagaimana hendak menggunakannya dengan baik..

(Masjid Al-Syakirin UiTM Johor telah mendapat satu tiang tinggi untuk memancarkan suara azan ke seluruh pelusuk UiTMJ. Terima kasih dan tahniah atas satu lagi inovasi daripada pihak pengurusan...)

5 comments:

Anonymous said...

terima kasih atas keprihatinan untuk menguatkan lagi azan ke seluruh kampus UiTM ni..Saya dok kat kolej zamrud pun dah boleh dengar azan, tak macam dulu langsung tak dengar. Ni pun kurang jelas tapi dengar la jugak, alhamdulillah.

AnDeH said...

salam,
wahhh....
daripada zaman dr hashim jd pengarah diminta ekoran 'perpindahan paksaan' warga Taming Sari dengan Si Manja Kini...sekitar tahun 2005 dahulu...dicadangkan sound system nie..
skrg baru dapat...
aiyyooo....walau apepun, tahniah uitm johor...smg lebih ramai yang akan hadir ke mesjid @ P.I...insya Allah...

AnDeH said...

kpd cik yatie...
zaman sebelum anda masuk...SMK skrg ni adalah warga kolej Taming sari...yang mempunyai AJK surau digelar 'Members of Budiman' @ MOB...yang azannye sentiasa berkumandang dari subuh sampai ke isyak setiap hari dengan bacaan ayt suci kalam Tuahn sebelum melaungkannya azan...dan gema bacaan yaasin pun turut memeriahkan suasana malam jumaat ... smg skrg ni lebih bermakna buat kawasan sektor B krn tak payah la lg dok sms or call dak kolej sektor A untuk tny dah msk waktu azan ke belom atau da waktu 'berbuke' ke belom...
wallahu a'lam....

Ahmad Nawawi Yaakob said...

joe n yatie.. bilal masjid as-syakirin belum ada lagi.. so, muazzinnya sering silih berganti, tetapi semuanya sedap belaka.. sesekali rasa bagus juga tak ada bilal tetap, sebab kita boleh dengar pelbagai azan yang lunak dan menyentuh hati.. (tahniah kpd anak-anak yg ikhlas azannya)

AnDeH said...

alhamdulillah....
bg sy lagi bgs student yang azan...
zaman sy d sane dlu...tatkala jawatan bilal blm ade...kami MOB berebut2 nk azan bile waktu msk...sbb jauh niat dlm ati kami yang da d khabarkan kebesaran ganjaran yg di perolehi apabila melaungkan azan. Ganjaran dunia, di alam barzakh dan di akhirat kelak...Tp, bler da ade bilal dlu bkn tk dpt azan. cume, terkilan kadang2 krg sng dgn sikap bilal yg gagal jalankan tggjwb melafazkan azan..Insya Allah, lps ni andai ada muazzin baru...suasana bertambah meriah di As Syakiriin...
-Andeh-