Monday, May 25, 2009

MESYUARAT AGUNG SURAU 22 MEI LALU


Syukur kerana MAT Surau Al-Muhajirin telah kami jayakan minggu lalu. Setahu kami, tidak banyak masjid dan surau yang mengadakan MAT-nya pada setiap tahun, namun kami berjaya mengekalkannya sebagai satu platform kepada jemaah menilai dan mengukur keberkesanan perjalanan dan pengurusan surau selama ini.

Selain itu, ia juga dapat mengimarahkan surau di samping membuka ruang kepada kita merancang aktiviti yang lebih baik pada masa depan. Keistimewaan kami ialah kerana memiliki barisan kepimpinan yang baik dan berkesan, tentunya membolehkan kami bermesyuarat pada setiap tahun dan mesyuarat AJK juga amat kerap diadakan..
Semoga masjid dan surau lain di seluruh negara juga mampu memberikan sumbangan bermakna kepada jemaah setempat.

No comments: