Thursday, August 27, 2009

SEJAMBAK KASIH UNTUKMU AYAH

IDEA. Idea anugerah Tuhan terbesar kepada hamba-Nya. Saya masuk mengajar ke kelas 1, 2, 3 dan seterusnya. Berbagai pendekatan saya gunakan untuk menarik minat pelajar belajar, sapaan dan sentuhan yang kadang kala menjadi dan kadang kala sepi. Tapi itu semua adalah ikhitiar kita untuk menyampaikan sesuatu yang 'bermakna' kepada pelajar yang menjadi amanah kita.

Masuk ke kelas B4, saya mendapat idea untuk mengumpul rentetan pengalaman pelajar yang mereka lalui bersama-sama bapa/daddy masing-masing. Saya meminta seorang pelajar yang pada pemerhatian saya, dia rajin menulis dan tahu menulis untuk mengepalai projek ini. Syukur kerana Hanis Zulaikha memang berkebolehan menulis dan tahu membuat editan dengan baik.

Akhirnya manuskrip 'Sejambak Kasih Untukmu Ayah' terkumpul dan siap untuk dicetak. Cetakan awal mungkin tidak secantik mana, tetapi saya harap ia amat bermakna kepada anak-anak di kelas berkenaan dan tentunya sama-sama menghargai insan yang bernama AYAH!

3 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Saya sudah tidak ada ayah dan ibu kandung lagi. Sekarang sekadar menumpang kasih kepada ayah dan ibu orang lain. Saya tidak memanggilnya dengan panggilan ayah atau ibu kerana tidak mahu terlibat dengan urusan kekeluargaan beliau.Saya beriktizam akan menjaga penghormatan dan kebajikan kepada beliau sebagaimana orang pernah memberi penghormatan dan kebajikkannya kepada kedua ibu bapa saya dahulu.
Ya Allah, ibu bapa ku telah banyak memberikan kebajikkan kepada masyarakat Ya Allah. Kau berikanlah janji kebajikan Mu kepada mereka berdua, Ya Allah. Dan kau berikanlah kebajikan yang sama kepada orang yang pernah memberikan kebajikan kepada mereka berdua.

Hanis Zalikha said...

Saya sedih bila orang eja nama saya Zulaikha. Haha.

Bye ustaz, assalamualaikum.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Sorry Hanis.. Baru betul sebutannya; Hanis Zalikha