Tuesday, September 29, 2009

PERSIDANGAN ANTARABANGSA BAHASA MELAYU BAHASA DUNIA

Rakaman foto yang paling berharga untuk menggambarkan kesediaan 'orang besar' bersama rakyat. Kami terharu atas kesudian YAB MB Johor, Datuk Haji Abd Ghani Othman meraikan perserta Persidangan.


Kemeriahan raya masih terasa namun orang YWJ, UM, DBP, UPSI bertungkus lumus menjayakan persidangan besar ini. Besar pada makna dan besar pada perjuangan bangsa.

Sebagai peserta, saya turut gembira menyertai persidangan untuk menduniakan bahasa Melayu yang suatu ketika dahulu ia adalah lingua franca di rantau ini; hingga ke persada China dan Tanah Arab. Kenapa mahu meminggirkan bahasa sendiri, bukankah bahasa itu jiwa bangsa?

1 comment:

Anonymous said...

Simpan baik-baik gambar tu, memang ada gunanya nanti. seronok beraya di JB nampaknya.