Monday, February 8, 2010

MOTIVASI UPSR DI MRSM TGB

Afif terlibat dengan Persatuan Usahawan Muda (PUM) Mara dan mereka menganjurkan kem motivasi kepada pelajar UPSR. Saya dijemput untuk menyampaikan ceramahnya. Muridnya dalam 40 orang sahaja, menggunakan dewan besar sebesar itu agak kurang enak kerana tumpuan mereka selalu terganggu.

Saya terpaksa mencari berbagai jalan untuk menarik perhatian murid UPSR, dengan susunan lagu, games, tepuk lalat dan sebagainya. Saya hanya mampu mendoakan mereka berjaya dengan cemerlang dalam UPSR. Terima kasih kepada Cikgu Amirudin dan cikgu Suriana yang banyak membantu.

Selepas makan, singgah menziarahi anak Ustazah Farhana n Kamal; Ahmad Ihsan baru dua minggu dilahirkan.

Malamnya; meeting AJK Surau (Maulid Rasul, beberapa program masjid)

2 comments:

dian said...

hye.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

dian, sy ikuti blog anda; menarik dan sajak yang mudah difahami.. sayangnya tidak dapat dikomen di sana, kenapa?