Thursday, July 8, 2010

TEATER 'TANAH LINDUNGAN TUHAN'


UPENA UiTM JOHOR dengan kerjasama HEP UiTMJ, Persatuan Penulis Johor Daerah Segamat, Persatuan Bahasa Mandarin dan DBP Wilayah Selatan menganjurkan persembahan teater ini pada 10 Julai 2010 bertempat di Dewan Seri Temenggung UiTM Johor. Persembahan seumpama ini adalah julung-julung kali diadakan di UiTM.

Pengkisahan utama tentang kecintaan kepada negara dan bangsa, pembinaan jati diri bangsa Melayu dan ia dipersembahkan dalam bentuk senitari yang menarik. Sesiapa yang berkelapangan, dijemput hadir. Majlis bermula jam 8.30 malam, solat Isyak dulu...

3 comments:

Anonymous said...

Jangan lupa ya ustaz... asas sesuatu perkara jadi ibadah ada beberapa kriteria : 1. Kerana Allah tulus 2. Tidak mengabaikan yang fardhu 3. Tidak bertentangan ngan syara'. Adakah anta redho teater camni & anta seru orang lain nengok pompuan bukak aurat kat dalam tuh(secara tak langsung)... Mesej baik camne sekalipon kalu tak ikut syari'at tak kemana syeikh... Rasanya anta sedia maklum... Drama Iran walaupon dalam rumah, pompuannye tetap tutup aurat, ahli sukan pompuan dorang pon tutup aurat, siap menang lagi lumba lari, nak main bola tutup aurat, kuffar la'natulah tak izin dgn alasan LAW kepala bapak dorang... Ana dukacitala kalu anta punya cara dakwah cenggini... Nanti ummah lagi konfius, itu ustaz tara tegorpon kami berlakon tak tutup aurat, pegang-pegang pulok lelaki pompuan etc... Akhir kalam, asyik cerita pasal bangsa aje... Nabi dulu tak excited pon nak promo Arab tapi ISLAM... Islam kan Din..., Melayu atau adatnye bukan Din... InsyaAllah kalu kita bawak dan berpegang mantop ngan Islam sbg Din, Ana yaqeen, barakah yang ada akan pastikan Tanah Melayu tak tergadai & orang kaper pulok yang teruja & terbuka hidayah ngan Islam... Renung-renungkan, Wallahu A'lam...

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Terima kasih atas mau'izah hasanah drp anta.. semoga ia bermanfaat utk ana dan juga ummah.

Anonymous said...

Kita hanya menghukum mengikut yang zahir, Allah yang Maha Mengetahui yang tersembunyi...