Friday, March 25, 2011

SPM AFIF

Keputusan SPM telah dimaklumkan. Afif mendapat 7A 3 B. (4 A+, 3 A dan 3 B+). Syukur. Itulah usaha terbaik yang termampu dia capai. Kita mengharapkan sesuatu yang lebih tinggi, namun usah dilupa kemampuan dan tentunya ada banyak juga kekurangan yang kita abaikan.

Afif, abah doakan Afif akan terus berjaya dalam setiap lapangan hidupmu.

Semoga Allah anugerahkan tempat belajar yang terbaik selepas ini.

Berdoalah selalu, jangan berputus harap.

No comments: