Monday, May 9, 2011

HIGH-END INDUSTRY GRADUATE INTERNSHIP PROGRAM (HEIGIP)

Masalah kebolehpasaran graduan menjadi agenda utama universiti. UiTM dimaklumkan 25% graduannya yang tidak berkerjaya yang jika diukur peratusannya adalah kecil, namun jumlahnya agak besar bedasarkan graduasi pada setiap semester. Bagi menangani isu ini, UiTM dan MOHE menjalankan beberapa langkah utama, termasuklah

•Menggalakkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar, dengan harapan mereka akan mencipta kerjaya sendiri
•Mempelbagaikan aktiviti keusahawanan sejak dari bangku sekolah hinggalah ke universiti; keusahawanan sebagai kerjaya pilihan
•Menjalinkan kerjasama dengan pihak industri dengan harapan graduan kita mampu memenuhi keperluan dan kehendak pasaran
•Mengadakan latihan praktikal kepada semua graduan sebagai langkah awal persediaan mereka ke alam kerjaya.

UiTM diamanah untuk memastikan kolebrasi industri dan IPTA dapat berjalan dengan lancar. Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri & Masyarakat, Prof Madya Dr. Norsaadah mengetuai tugas ini dengan pengalamannya yang agak luas semasa di Kementerian dahulu. Program HIGH-END INDUSTRY GRADUATE INTERNSHIP PROGRAM (HIGIP) diperkenalkan degan kerjasama industri dalam penyediaan latihan dan pendedahan langsung bersama industri terpilih.

Sebagai permulaan, seramai 250 pelajar akan terlibat yang mana mereka akan memanfaatkan masa cuti pada sepanjang tempoh pengajian berada di industri. Pendedahan awal ini diharapkan dapat membina hubungan baik universiti-industri dan secara langsung dapat menempatkan laluan kerjaya para pelajar. Mereka akan diberi elaun galakan RM900 sumbangan industri-universiti sejak tahun kedua pengajian. Tentunya pelajar kejuruteraan menjadi pilihan utama.

*Pada saya secara ringkasnya program ini boleh dilaksanakan di UiTM Johor walaupun kebanyakannya dari fakulti pengurusan dan perakaunan. Pada setiap musim cuti semester, kita galakkan pelajar kita bekerja di mana-mana industri, mahupun dalam bidang keusahawanan agar mereka lebih terdedah pada realiti kerjaya. Perkara ini tentunya ada pro-cont namun ia boleh mengisi ruang waktu dan sedikit pengalaman bermakna kepada pelajar.

4 comments:

noor amirah bt ahmad said...

oh saya setuju sangat bab kerja pada masa cuti sem... saya pun susah nak cari kerja yang bole apply apa yang saya belajar.. kalau pihak universiti ade program mcm ni mst best!

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Ya, tentu sekali program seperti ini banyak faedah utk kedua belah pihak; u n industri.

Anonymous said...

rm 900 every month ke?

studentNetwork said...

mendengar sahaja sudah nampak kebaikan program ini...
antara lainnya, pelajar perlu menghadiri temuduga yang ditetapkan dengan industri....
ini adalah satu pengalaman temuduga yang bagus bagi pelajar yang merupakan pertama kali ditemuduga...
bagi saya pula, walaupun ini bukan pertama kali saya menghadiri temuduga, tetapi ini adalah pertama kali ditemuduga secara berkumpulan...
bagi yang ditemuduga oleh WD, mereka adalah secara individu...
pengalaman yang bermakna...
walaubagaimanapun, masih menunggu keputusan temuduga tersebut adakah diterima intern di bawah TM...
semoga Allah memberi yang terbaek buat saya... amin :)