Thursday, August 25, 2011

KERJA DAN TUGAS

Ada jenis manusia yang terlalu berkira dalam segala perkara, berkira soal duit ringgit, berkira soal kerja, berkira nak tolong orang, berkira untuk buat itu ini... alasannya; ia bukan kerja aku!

Berkira-kira itu betul, tapi kalau terlalu berkira-kira ia suatu yang sukar dan payah. Tidak perlu terlalu berkira terutamanya dengan kerja dan agama (kerja agama/ dakwah). kalau ada peluang tu, anggaplah ia suatu peluang yang Allah beri untuk kita berbakti, buat sesuatu kepada ummah. Mungkin juga utk Allah tebuskan dosa-dosa kecil dan besar yang kita lakukan. Buat kerja itu dengan sesungguhnya.

Saya teruja dengan entry Prof MKI dalam bloknya yang saya ambil;

"Besar atau kecil jumlah pendapatan yang diterima, isu yang lebih utama ialah soal “halal-haram” bagaimana rezeki itu diperolehi. Di sisi Allah, itulah yang lebih penting dan mustahak.

Ayah saya selalu berpesan, “Mil, kita selalu mengatakan penguatkuasalah yang sering menerima rasuah. Kita – guru – juga tidak terlepas dalam soal rasuah. Lebih teruk lagi, kita menerima rasuah tetapi tidak sedar yang kita melakukan perbuatan keji itu. Bagaimana? Kita rasuah masa. Patut mengajar jam 8.00 pagi, sengaja masuk kelas jam 8.10″.
Saya tidak terkecuali.

Dalam tempoh 23 tahun berkhidmat barangkali saya juga melakukan rasuah masa terhadap amanah yang telah diberikan. Ada masanya saya tidak sedar dengan perilaku sendiri.
Ia seolah-olah bukan satu kesalahan besar.

Ayah juga berpesan, “Mil, kita pasti melakukan kesalahan. Sedar atau di luar sedar. Sebab itulah jangan terlalu berkira bila bekerja. Bila bos suruh kita melakukan kerja-kerja membantu pejabat tanpa bayaran, anggaplah ia sebagai satu peluang untuk membersihkan diri dari kekurangan yang telah kita lakukan”.


Ayah seorang guru besar. Beliau telah melalui fasa kehidupan yang sangat panjang. Banyak kata-kata hikmatnya yang melekat di hati sanubari.

Lalu saya merenung UiTM yang bakal saya tinggalkan. Di sinilah saya dianugerahkan dengan sumber pendapatan yang telah menghidup dan membesarkan isteri dan anak-anak.

“Ya Allah, jika ada rezekiku yang haram, Kau sucikanlah. Ya Allah, aku manusia lemah, fakir lagi tidak terdaya. Kami bergantung kepada Mu ya Allah. Ampunilah kami ya Allah”.
Gaji dan bonus terakhir ini hanya secalit daripada jumlah pendapatan yang diberi oleh Allah SWT melalui UiTM. “Kami bersyukur di atas segala nikmat yang telah diberi oleh Mu ya Allah”.


Ia terlalu berbekas kepada diri... terima kasih Prof MKI

1 comment:

AriffinMaarof said...

Terima Kasih tuan atas coretan artikel yang dipetik dari Prof MK. sya belum pernah baca artikel oleh prof MK. walau apa pun, saya sangat tersentuh dengan kata-kata tuan bila sebut mengenai tanggungjawab yg diamanahkan kepada kita, iaitu tentang rasuah masa,

sy masih pelajar lgi. pelajar master by research. rasa seperti berdosa sbab terima elaun bulanan stiap bulan, tapi hasil kerja research sperti tak memuaskan.

thanks a lot..artikel tuan menyedarkan dan menyentak benak hati saya untuk cepat sedar