Tuesday, March 28, 2017

DUNIA DALAM PUJI PUJIAN, PUJA PUJAAN

Apabila puji pujian dan puja pujaan tealh sebati dalam organisasi, maka sebegitulah pendekatan yang diguna  pakai ketika menguruskan organisasi. Melihat pada kertas, ia sudah cukup menjadi bukti keelokan dan kebaikan yang dicipta, tanpa pedulu kebejatan dan kefasadan yang terjadi pada realiti pengurusan.

Bahana ini kian bermaharajalela setelah mana bos dan ketua terbiasa dengan dunia glamour dan puji pujian, puja pujaan jua. Makanya, matlamat utama organisasi terselindung di balik lembaran kertas yang direpotkan sebegitu sahaja, dengan senang melindungkan berbagai bangkai dan nanah terselimut di balik sehelai kertas.

Dunai pengurusan menjadi semakin tertutup, walaupun uwar-uwarnya seolah-olah terbuka seluas langit, tetapi hakikatnya pengurusan makin memencilkan diri, mengasingkan diri dan sebolehnya mengelak daripada berhadapan dengan realiti. Hendaknya bagaimana lagi mahu lari, hendaknya bagaimana lagi mahu berlindung di sebalik kedudukan dan jawatan, sedangkan hiruk pikuk kelemahan terpahat hari demi hari, bulan demi bulan seakan tidak sanggup lagi menunggu saat kematiannya.

Suasana semakin hambar dan tidak bermaya, tandus dan malas berbicara, tiada lagi inovasi dan gerak kerja sukarela untuk dipersembahkan. Tiada lagi inisiatif untuk membanggakan organisasi, tiada lagi gerak kerja yang boleh menggemparkan nama ke persada dunia, bagaikan sang kura-kura sepi menyorokkan kepalanya di balik cengkerang. Mampus!

Begitulah parahnya dunia yang kita letakkan dalam puji pujian, puja pujaan semata-mata, tanpa mahu menghalusi realiti dan gelora yang tertutup oleh sehelai kertas cuma.

Penat dan letih sudah kami berfikir.  

No comments: