Sunday, March 26, 2017

APABILA HP AZAN DAN TOK BILAL PUN AZAN JUGA..

Ramai orang Islam kita memuat naik azan dalam HP masing-masing. Pada prinsipnya ia bagus untuk mengingatkan pemilik akan masuknya waktu solat pada setiap hari.

Namun ada perkara yang perlu diperhatikan dalam soal adab laku ketika anda berada di masjid atau surau.

Azan daripada TOK BILAL adalah wajib didengar dan dijawab, sedangkan azan HP tidak wajib dijawab, malah ia mengganggu keadaan di dalam masjid.

Oleh itu, ketika di surau atau masjid, azan HP perlu dimatikan sama sekali. Jika anda kerap berjemaah di masjid, elok matikan terus suara azan itu daripada HP anda. Ia lebih banyak mengganggu daripada ibadah.

Mungkin ini sebab utama kenapa ulama Saudi mengharamkan nada dering azan dan al-Quran dimuat naik ke dalam HP anda. Ada hikmah yang perlu difikirkan, khasnya mereka yang tak berapa reti tentang adab di dalam masjid dan adab di dalam majlis tertentu.

Ingat, suara azan TOK BILAL itulah yang wajid dijawab. Azan TOK BILAL itulah yang wajib didengar dan diraikan, bukan azan corongan HP anda, walaupun suara TOK BILAL tidaklah sesedap mana.

Bayangkan ketika beribadah di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi, betapa hingar bingar azan terkeluar daripada HP para jemaah. Sedangkan pada ketika itu TOK BILAL belumpun azan lagi. BEtapa hiruk pikuknya pula bila TOK BILAL azan dan HP juga turut sama azan, mana satu azan yang hendak didengar dan mana satu azan yang hendak dijawab?

Pada saya, tidak perlu kita memuat-naikkan azan dalam HP, memadailah dengan paparan waktu solat bagi kawasan anda sahaja kelihatan, biarlah yang azan itu TOK BILAL yang azan. Biarpun ia tidak sesedap azan HP tapi ia adalah ibadah yang soheh berbanding bunyian azan daripada HP anda.

Kami semua ada HP, tapi tidaklah pula kami mengguna pakai azan jika ia sekadar mengganggu keadaan sahaja. Terutamanya ketika anda berada di dalam surau atau masjid ataupun di dalam majlis (program) tertentu. Hormatilah orang lain, bukan hanya anda sahaja yang mahu beribadah.

Tetapi bagi jemaah wanita atau jemaah lelaki yang memang tak pernah hendak ke masjid, eloklah muat naik azan ini agar mereka boleh segera beribadah di tempat sendiri.... he he.. bukan marah, tapi beri peringatan.

tk

No comments: