Sunday, June 4, 2017

NOTA KECIL AYAH 5


_________________________________

BARANG SIAPA KEHILANGAN BARANG-BARANG HENDAKLAH BACA
INI SEBANYAK 119 KALI LEPAS SEMBAHYANG MAGHRIB IAITU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


(Ayat Surah Luqman)

TOKEY KUALA NERANG
         
                  220.80
BAYAR       30.00 
                 190.80
                   20.     
BAKI      170.80
                  10.00
BAKI      160.80
_________________________________________________


Ulasan:

Ini doa bagi mencari barangan hilang daripada ayat 16 surah Luqman (31). Saya kira eloklah ayat ini dibacakan selengkapnya tidak tergantung seperti yang dicatatkan Ayah.

Mengenai catatan Tokey Kuala Nerang, ia pastinya catatan hutang pembelian sesuatu yang besar. Saya kira ia adalah pembelian kayu, papan untuk membina rumah. Ini kerana pada tahun-tahun 1975- 1976, Ayah sedang membina dua 'rumah ibu' berkembar dengan rumah dapur yang sedia ada. Rumah ini dibina oleh Encik Ismail Mata Paku, yang berjiran dengan Pondok juga rumahnya.

Cuma dalam catatan hutang berkenaan, Ayah tidak menjelaskan siapakah Tokey Kuala Nerang dan adakah hutangnya telah lunas? Namun saya penuh percaya hutang berkenaan telah dilangsaikan kerana Ayah menjual dua ekor lembu ketika rumah berkenaan dalam pembinaan.




No comments: