Anak kampungan seperti aku, apalah ada pada angan-angan. Apalah ada pada cita-cita.
Apabila cikgu bertanya di kelas, apa cita-cita kamu Nawawi? Aku pantas menjawab mahu menjadi petani, cikgu dan posman. Petani kerana ayah emak aku adalah petani, pesawah tradisinya membanting tulang pada tanah dan lumpur. Cikgu, kerana itulah kerjaya yang aku mula lihat di hadapan mata, melangkah ke sekolah. Ayah juga selalu sebut kerjaya cikgu itu baik, menjadi cikgu itu mulia. Amal jariah yang berpanjangan, kata Ayah.
Posman kerjanya menghantar surat ke kampung kami. Berbasikal jauh dari Pejabat Pos Kuala Nerang ke kampung kami di Padang Nyior, sebelum dibekalkan motorsikal selepasnya. Itulah tiga cita-cita awal yang Cikgu Mohkhar (Cikgu Darjah Satu) catatkan pada buku rekod kemajuan murid. Catatannya menggunakan pensil, bukannya pen. Barangkali cikgu berharap agar cita-cita kamu ini, kamu boleh padam dan betulkan pada masa akan datang!
Terima kasih Cikgu Mokhtar yang berpindah balik ke negeri asalnya, Negeri Sembilan.
Apalah dunia besar ini yang dapat aku lihat dari anak kampungan Padang Nyior 7 KM dari Pekan Kuala Nerang.
Aku hanya ada sehelai kain untuk dipakai malam hari ke balaisah (surau), sehelai baju basahan dan sehelai seluar pendek. Seragam sekolah juga cukup sepasang itu sahaja. Baju putih, seluar biru pendek, sepasang kasut dan stokin dipakai untuk sepanjang tahun tidak perlu diganti. Aku tidak pernah memiliki lemari (gerobok), selain hanyalah bergantungan pada tali-tali yang diikat antara tiang tepi rumah, atau paku-paku yang dibuat ampaian dalam bilik.
Terima kasih baju buruk aku, terima kasih selipar buruk yang aku ikat dengan dawai dan tali untuk boleh dipakai tanpa berganti, terima kasih rentang kehidupan terbentang luas dari pinggiran sungai, padang bola, sawah bendang, hutan belukar, ikan-ikan, katak dan cacing, dan sebuah basikal kecil hadiah ayah kepadaku.
1 comment:
https://ahmadnawawiuitmjoho
Numpang promo ya Admin^^
ajoqq^^cc
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami... (k)
di ajopk.com ^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856 r.blogspot.com/2019/08/as-muslim.html
Post a Comment