Banyak-banyak kereta, kereta apa
i. yang satu tayar?
ii. yang dua tayar?
iii. yang tiga tayar?
iv. yang empat tayar?
v. yang lima tayar?
vi. yang banyak tayar?
vii. yang tak ada tayar?
Friday, July 30, 2010
Wednesday, July 28, 2010
'MUJUR' & 'BERNASIB BAIK' ADALAH KUASA TUHAN
Sering sahaja kita berkata; 'aku bernasib baik; mujur dia tak pergi; mujur tak hujan hari ini' dan rangkaian perkataan seumpamanya. Kata-kata ini tidak memberi apa-apa makna kepada orang Melayu kerana itulah bahasa orang Melayu yang dipakai hari-hari. Itulah lidah dan budaya orang Melayu.
Namun apabila diperhalusi, ada sesuatu yang tertinggal pada ungkapan kata seperti itu. Ia seakan menghilangkan 'kuasa Allah', Tuhan yang menentukan qada dan qadar alam buana ini. Kita percaya bahawa semua ketetapan, perlakuan dan peristiwa berlaku dengan izin-Nya jua.
"Tidaklah kamu merejam (atau melontar) ketika berlakunya perejamam itu, melainkan Akulah (Allah) yang merejamnya." (Al-Anfal: 17)
Perlakuan makhluk diizinkan berlaku atas ketetapan Khalik (Allah Pencipta). Namun manusia perlu bertindak, perlu berusaha untuk menentukan kejayaan dalam tindakannya. Mengatakan 'bernasib baik' atau 'mujur' perlu dinisbahkan dengan Allah SWT; maka tentulah yang terlebih baik digantikan dengan kalimah; ALHAMDULILLAH.
"ALHAMDULILLAH tak jadi hujan, Alhamdulillah dia tak pergi, Alhamdulillah dia bernasib baik (ataupun memadai, Alhamdulillah sahaja!)Alhamdulillah pada takdir Allah begitu dan begini.
(Ini antara kupasan saya dari ceramah Prof MKI yang saya dapat jelmakan di sini. Terima kasih Allah, terima kasih Prof dan terima kasih semua)

Friday, July 23, 2010
SYUKUR DENGAN RAHMAT-MU

Syukur dengan rahmat-Mu jua kami dianugerahkan seorang bayi perempuan pada 22 Julai 2010, tepat jam 3.35 petang di Hospital Segamat. Beratnya 2.9 kg, yang terkecil berbanding adik beradik yang lain. Comel. Syukur.
Kelahiran kali ini tidak dapat dijangka ketepatan tarikhnya. Hanya setelah mendapat nasihat doktor, Shida dimasukkan ke wad 20 Julai lalu. Dia diberikan beberapa ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran (indius, termasuklah ubat untuk 'sakit'.
Bertuah saya dapat berada di sisinya ketika saat kritikal seorang ibu mahu bersalin. Sakitnya kali ini teramat sangat, namun Allah tentukan mereka selamat.. si bayi kecil dan ibunya..
Malam tadi dia asyik menangis. Seronok tengok muka comelnya menyedut susu yang baru terbit. Itulah rezeki Allah berikan kepada semua makhluk-Nya.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami.
Thursday, July 22, 2010
SAAT MENUNGGU KELAHIRAN
Resah dan kalut. Itulah realitinya saat menantikan kelahiran anak yang ke 7.
Selasa (20 Julai) Shida ada appointment di Hospital Segamat. Saya menghantarnya awal pagi sebelum ke kelas di UiTM. Doktor memintanya terus mendapat rawatan di hospital kerana ukuran bayi dan kandungan sudah sampai waktunya.
Petangnya setelah selesai uruskan anak-anak, kami menghantar Shida ke Hospital. Nuha pula yang menangis (dan umminya juga). Berkuliah Maghrib di UiTM, sebelum menziarahinya sekali lagi hingga jam 10 malam.
Rabu (21 Julai) dimaklumkan keadaan masih stabil. Shida diindius (?) seawal pagi.
Jam 6 petang kami menziarahinya. Masih stabil.
Khamis (22 Julai, masih juga stabil. Doakan semoga semuanya selamat.

PROF DR HAJI MUHD KAMIL DI SURAU TAMAN YAYASAN
Marilah kita lapangkan waktu sebagai persediaan menyambut Ramadan yang mulia untuk berkongsi sedikit pengalaman bersama Prof Dr Hj Muhd Kamil di Surau Al-Muhajirin, Taman Yayasan.
Programnya pada:
Isnin malam Selasa
Selepas solat Maghrib
26 Julai 2010
Surau Al-Muhajirin, Taman Yayasan Segamat.
Semua pembaca blog dijemput hadir.
Hubungi saya di talian 013-7759965 (Ust Nawawi)

RADEN GALOH YANG PERGI..

Lewat semalam saya mendapat berita pemergiannya. Dia seorang wanita yang cukup hebat, Allah temukan kita di laman blog, sebelum sempat bersemuka pada siri ceramah intelektual di UiTM Johor.
Ya Allah, Kau lapangkanlah kubur hamba-Mu ini sebagai taman-taman syurga. Untuk RG yang tabah, sabar dan baik kepada kami yang masih bernafas. Ya Allah, sebagaimana kami sayang dan kasih kepadanya, Engkau terlebih kasih kepada hamba-Mu ini, Kau ampunkanlah dosanya dan permudahkan perjalanannya menuju ke syurga-Mu. Ampunilah kami ya Allah.
Wednesday, July 14, 2010
LADY GAGA, MARIAH CAREY DAN CELINE DION SOLAT BERJEMAAH
Menarik. Bukan sahaja jemaah biasa-biasa, malah Lady Gaga, Mariah Carey dan Celine Dion turut solat berjemaah di masjid dan surau. Bukan solat betul-betul, hanya kadang kala terdengar nada dering (handphone) artis berkenaan yang turut solat berjemaah.
Seronok pun ada, tak suka pun ada.. Bayangkan tengah kita solat; bersendirian atau berjemaah, tiba-tiba kedengaran bunyi lagu 'My heart will go on', alangkah tragisnya solat kita. Mahu diikutkan sama nyanyian lagunya atau mahu diteruskan bacaan yang sepatutnya dibaca? Atau barangkali baca dan ikut serentak! kan kita orang hebat!
Rumusannya, eloklah dimatikan handphone ketika masuk ke surau atau masjid, dan lebih baik kalau nada deringannya hanya yang biasa-biasa sahaja.. Kalau terbunyipun, tidaklah janggal sangat.. Manakan tidak Lady Gaga sedang solat berjemaah!

Tuesday, July 13, 2010
YANG PALING KAYA DI MALAYSIA
Malaysia's 40 Richest 2010
1. Robert Kuok
2. Ananda Krishnan
3. Lee Shin Cheng
4. Lee Kim Hua
5. Quek Leng Chan
6. Teh Hong Piow
7. Yeoh Tiong Lay
8. Syed Mokhtar AlBukhary
9. Vincent Tan
10. Tiong Hiew King
11. Azman Hashim
12. Lee Oi Hian & Lee Hau Hian
13. Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming
14. Lim Wee Chai
15. William H. J. Cheng
16. Goh Peng Ooi
17. Lim Kok Thay
18. Jeffrey Cheah
19. Anthony Fernandes
20. G. Gnanalingam
21. Kamarudin Meranun
22. Chan Fong Ann
23. Shahril & Shahriman Shamsuddin
24. A.K. Nathan
25. Chong Chook Yew
26. Mokhzani Mahathir
27. Ahmayuddin bin Ahmad
28. Lau Cho Kun
29. Chen Lip Keong
30. Lee Swee Eng
31. Liew Kee Sin
32. Nazir Razak
33. Eleena Azlan Shah
34. Ong Leong Huat
35. Rozali Ismail
36. Kua Sian Kooi
37. Lin Yun Ling
38. David Law Tien Seng
39. Abdul Hamed Sepawi
40. Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir
From : http://www.forbes. com/2010/ 05/25/malaysia-
* Berapa kerat anak Melayu yang kaya raya di Malaysia, berbanding orang lain? Adakah ruang utk mengatakan kita 'tidak adil' kepada orang lain? Atau sebenarnya kita tidak adil kepada bangsa Melayu itu sendiri?

9A + DAPAT BIASISWA JPA?
DS Najib buat pertama kali dalam sejarah negara, dengan berani mengumumkan kenyataan di atas. Dibuat pada persidangan MIC; mengerti tentunya untuk menarik sokongan masyarakat India kepada BN. Berita Harian melaporkan pengumuman seperti ini adalah pertama kali dalam sejarah negara. Maksudnya tiada pemimpin lain sebelum DS Najib melakukan sepertinya.
Dua isu besar untuk direnungkan. Pertama; Adakah kita terlalu terdesak untuk mendapat sokongan India dan Cina, maka kita lakukan sesuatu yang diluar ketetapan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak keistimewaan kepada bangsa Melayu/ Bumiputera. Bukan sekadar PKR, malah BN juga kelihatan amat terdesak untuk meraih sokongan pihak lain, walaupun sepanjang perkembangan selepas 2008, kita dapati mereka tidak pernah menyokong kita. Baik di Kuala Selangor (dengan peruntukan jutaan ringgit kepada sekolah Cina) mahupun di Sibu (juga jutaan ringgit diperuntukkan kepada sekolah Cina) undi mereka tidak beralih kepada BN. Diberi atau tidak, bukanlah daya penarik lagi. Apatah lagi mereka sudah kaya raya yang hanya memandang sebelah mata daripada peruntukan kita!
Kedua, berkaitan hak dan kedudukan serta keistimewaan bangsa Melayu/ Bumiputera dalam Perlembagaan. Pernah dahulu seawal DS Najib memperkenalkan gagasan 1Malaysia, orang Melayu membayangkan Perkara 153 akan terhakis dan dihakiskan berdikit-dikit. Saya kira tidak. Namun kenyataan ini seakan menjadi realiti dan amat menggerunkan khasnya bagi bangsa Melayu yang makin jauh ditinggalkan dalam ekonomi mereka berbanding bangsa lain.
Natijahnya, kemelut bangsa kita semakin meruncing atas bikinan bangsa kita sendiri.
Sampai bila?

Monday, July 12, 2010
TEATER TANAH LINDUNGAN TUHAN
Dewan Seri Temenggung UiTM Johor penuh sesak dengan hadirin - pelajar - untuk menyaksikan persembahan. Beberapa AJK PPJ Segamat turut hadir; Puan Hj Kadariah, termasuk. Staf tidak ramai yang kelihatan. Urusan sendiri, tentunya.
Persembahan berjalan lancar. Sistem suara nampak baik dan pencahayaan terkawal.
Tepukan gemuruh diberikan kepada semua barisan pelakon dan krew terlibat, terutamanya Puan Rahimah Muda sebagai penggerak utama. Kehadiran Pengarah DBP Wilayah Selatan, Puan Hajah Nor Hashimah Bt Ali dan Sdr Rushdi Abd Rahman (DBP) memberi suntikan semangat kepada penggiat teater dan kami yang menontonnya.
Dan saya sekadar mempengerusikan majlis berkenaan.
Sekalung tahniah kepada semua, terutamanya Sdr Ainol yang berjaya menggembleng tenaga dengan Persatuan Bahasa Mandarin untuk merealisasikan teater ini. Pelakonnya juga hebat dengan watak Wan Abu Bakar (Zamri Pangat) dan Hana (Nurulein Md Ramly) seabgai watak utama. Ternyata ramai yang mahu persembahan seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang.
Teater juga mampu membina jati diri bangsa.. memupuk kesedaran ummah, walaupun masih ada ruang yang boleh dibantu.

HARI TERBUKA SMK SERI KENANGAN & KENDURI PM HJ ISMAIL
Rekod kemajuan anak-anak adalah sebahagian rutin tahunan. Syukur atau bangga? Syukur! Ain Hanani dapat 8A dalam mid-term-nya, Zaim (Tingkatan 1)5A. Ain kelihatan terlalu sibuk; wakili daerah ke pertandingan memasak di JB, wakili daerah inovasi sains di Mersing, mendapat anugerah Koperasi.. dan tentunya merimaskan rakan-rakan lain. Menangis dia.
Allah akan berikan tugas kepada kita setelah kita bersedia memikulnya; "Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan apa yang terdaya dipikulnya.."
Kenduri PM Hj Ismail di Segamat Baru amat menarik. Bukan kerana makanannya sahaja, malah ia menjadi medan pertemuan dengan rakan-rakan lama terpisah. Tuan Hj Razali (PM), EN Hasmad, PM Hamdan, Kak Bi, Puan Hj Bashah, Md Lehan dll yang begitu lama tidak kelihatan.. Sayangnya Prof Dr Hj Mohd Shahar tidak sempat ditemui.

Friday, July 9, 2010
BIASISWA ADALAH HAK MELAYU/BUMIPUTERA
Telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tentang hak keistimewaan pelajaran termasuklah biasiswa menjadi keutamaan kepada bangsa Melayu, sebagai bangsa utama dalma negara. Kenyataannya mendapati ia semakin terhakis dan dihakis oleh kepentingan tertentu. Jumlah penerima biasiswa JPA ke luar negara tahun ini (2010) untuk pelajar di semenanjung adalah seperti berikut:
1) Melayu = 738
2) Cina = 603
3) India = 161
4) Lain2 = 18
Data ini menjelaskan pemilikan biasiswa dikuasai oleh pihak lain melebihi hak orang Melayu sendiri. Namun mereka masih tidak berpuas hati. Timbalan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Cheng Lai Hock, berkata tawaran biasiswa seharusnya mengambil kira merit termasuk kegiatan kokurikulum pelajar, bukan berdasarkan kuota atau hak istimewa Bumiputera". "Beliau yang tidak berpuas hati dengan pengagihan tajaan biasiswa itu, berkata pelajar Melayu mempunyai banyak saluran lain untuk mendapatkan tajaan biasiswa berbanding pelajar Cina".
Itulah kenyataannya.
Seorang rakan saya di MMU mengulas hal ini;
"Telah jelas bahawa golongan Melayu masih miskin di negara sendiri. Kaum bukan Melayu masih menguasai lebih 80% ekonomi Malaysia. Lihatlah di seluruh pusat pengajian tinggi swasta, semuanya didominasi oleh mereka dengan tajaan sendiri. Di MMU sendiri (21,000 pelajar), bilangan Melayu hanya sekitar 30%. Itupun majoritinya belajar dengan pinjaman PTPN, sedikit shj yang menerima biasiswa telekom dll. Adalah 2 atau 3orang pelajar Melayu yang kaya belajar dengan tajaan sendiri.
Begitu juga di Kolej perubatan manipal (saya pernah mengajar di situ), Pelajar Melayu adalah terlalu minoriti. Kebanyakan mereka (melayu) adalah pelajar tajaan. Majoriti pelajar Manipal adalah pelajar non-muslim dengan jenis kereta yang hebat-hebat belaka. Mereka belajar dengan tajaan sendiri.Apalagi di Kolej Univ Lim Kok Wing, Sunway College, UTAR dll.
Lihatlah pelajar Malaysia di luar negera (Eropah, USA, Australia, majoritinya adalah non-muslim dengan tajaan sendiri. Yang minoriti muslim kebanyakannya adalah pelajar tajaan. Yang belajar dengan tajaan sendiri sedikit sahaja.
Jika ada pelajar Cina yg tidak mampu (miskin), sebenarnya banyak jalan untuk mereka mendapat bantuan daripada foundation mereka yg kaya raya. Bahkan di Melaka, ada pelajar cina yg tak dapat bantuan mendapat tajaan daripada kerajaan Singapura. Banyak lagi kalau nak cerita.
So, kita tak boleh lurus bendul dengan hujah mereka. Untuk pelajar Melayu, dia kata banyak lagi cara lain untuk dapatkan bantuan. Sedangkan mereka juga mempunyai banyak cara lain untuk dapatkan bantuan, tetapi dia diam. Bab ini lebih menarik jika dibincang sambil pekena teh tarik kat kedai mamak."

BOLA OH BOLA.. 'OREN' ?
AKHIRNYA dua pasukan terunggul berada di puncak Piala Dunia; Sepanyol dan Belanda (Holland, Netherland- negara yang banyak nama) akan menentukan kejuaraan. Pada mulanya saya menyokong Argentina, tetapi tewas. Beralih kepada German, juga tewas.. Akhirnya memilih Spain sebagai negara yang paling berprestej dalam dunia bola sepak.
Spain (Sepanyol yang dahulunya dikenal juga Andalus oleh orang Islam) sebuah semenanjung yang kaya dengan kesan sejarah dan beradaban. Kesan peradaban Islam masih ketara termasuklah istana al-Hamra dan masjid besar.
Bola tetap bola, bulat dan sukar diduga. Hari ini orang mula fokus kepada zat bola itu sendiri. Pemain, pengurus dan penonton seakan pelik dengan bola bulat yang sukar diimbang. Malah ada kritikan; The guy who designed this ball never played football.""The worst ball that I have seen in my life."
NASA juga turut membuat analisa pada berat bola 440gram yang dikatakan terkesan dengan kedudukan Afrika Selatan yang berada 1000m tinggi dari aras laut. Menurut NASA, bola dengan tekanan 44 mph menjadikannya melencong daripada sasaran akibat regangan tertentu.
Namun pesta bola kali ini juga dihiasi dengan kehadiran ‘sotong gergasi’ sebagai nujum baru pembuat ramalan. Peminat seakan percaya pada ramalan sotong setelah hilang keyakinan nujum manusia yang tidak pernah tepat. Sukar dimengerti.
(Saya sokong 'oren'; mulanya sokong Argentina, kalah.. sokong German, pun tewas.. akhirnya sokong Belanda..)

Thursday, July 8, 2010
TEATER 'TANAH LINDUNGAN TUHAN'

UPENA UiTM JOHOR dengan kerjasama HEP UiTMJ, Persatuan Penulis Johor Daerah Segamat, Persatuan Bahasa Mandarin dan DBP Wilayah Selatan menganjurkan persembahan teater ini pada 10 Julai 2010 bertempat di Dewan Seri Temenggung UiTM Johor. Persembahan seumpama ini adalah julung-julung kali diadakan di UiTM.
Pengkisahan utama tentang kecintaan kepada negara dan bangsa, pembinaan jati diri bangsa Melayu dan ia dipersembahkan dalam bentuk senitari yang menarik. Sesiapa yang berkelapangan, dijemput hadir. Majlis bermula jam 8.30 malam, solat Isyak dulu...
Wednesday, July 7, 2010
PERANAN PELAJAR DALAM MENGHIDUPKAN SUASANA PEMBELAJARAN
Biasanya soal pengajaran dan pembelajaran (P & P), kita fokus kepada peranan guru. Guru penentu kejayaan sesi pembelajaran berjaya disampaikan dengan berkesan. Tidak dinafikan, guru yang cemerlang dia bijak mencari segala peluang untuk menghidupkan sauasana pembelajaran dengan berkesan. Pelajar akan lebih senang memahami, menerima dan menghargai apa yang diajar guru yang sebegini.
Namun, selain peranan guru @ pensyarah, pelajar juga memberi input besar kepada jayaaan P & P. Pelajar boleh berperanan mengambil bahagian dalam P & P dengan cara; banyak bertanya, memberi reaksi positif (orang ketawa, kita turut ketawa), menyampuk - pada kes tertentu, fokus pada guru dan bahan ajaran serta lain-lain sokongan.
Pengalaman kita mengajar berbagai kumpulan memberi erti tersendiri. Ada kumpulan yang aktif dan ceria yang menyebabkan pensyarah @ guru senang hendak mengajar. Ada pula kumpulan yang agak pasif dan skema, yang tentunya mematikan idea pensyarah hendak mengajar. Di sini perlunya pelajar menyedari peranan mereka untuk menjayakan proses P & P, di samping memanfaatkan ruang waktu dengan sebaiknya, tanpa rasa jemu.
Selamat belajar dan (selamat mengajar).

Tuesday, July 6, 2010
ORANG CHINA TAK TAHU MASAK TELUR SEPARUH MASAK..
Apabila bersarapan, orang Malaysia biasanya memakan telur separuh masak. Di Beijing, tabiat yang sama muncul. Mereka meminta telur separuh masak.
Menjadi keajaiban yang nyata kepada chief hotel, bagaimana mahu memasak telur separuh masak? Pada pemikiran mereka, bagaimana mahu merebus air dan merendam telur, separuh di atas dan separuh lagi tenggelam dalam air yang bergelegak. Bagaimana mahu memegangnya?
Op.. adakah kerana salah istilah atau pemahaman realiti yang berbeza?
Akhirnya, kami tidak juga mendapat telur separuh masak!

Saturday, July 3, 2010
SEMINAR KECEMERLANGAN SPM PARLIMEN SEGAMAT 2010
Hidup ini tiada rehat, tiada hentinya. Sebenarnya boleh sahaja kita bermalas-malasan dan tidak peduli apa yang orang buat, apa yang perlu dibuat. Tetapi saya rasa itu bukanlah cara saya.
Memang sukar menjalankan sesuatu program, tetapi keinginan untuk berbakti -do something- menjadi kuat untuk kita bekerja dan kekal berbakti. Untuk apa tenaga ini Allah berikan, jika tidak mampu disumbangkan kepada ummah.
Seminar Kecemerlangan SPM anjuran Parlimen Segamat -pembiayaan YB Datuk S Subramaniam- atas usaha Biro Pelajaran UMNO Segamat; khasnya Puan Hajah Khalijah Mohd Saleh, dijalankan pada 3 Julai dari 8.00 pagi hingga 5 petang. Ia anjuran bersama PPD Segamat. Sebenarnya yang menyempurnakan kerja ini hanyalah empat orang, dan kita bekerja mengikut apa yang termampu. Dugaan tetap ada, tetapi itulah mehnah dalam perjalanan dakwah. Jalan dakwah tidak selalu dihamparkan karpet merah!
YB Datuk Dr S Subramanian sudi merasmikan majlis ringkas ini. Biar statusnya sebagai Menteri, namun ada juga ruang untuk meraikan pelajar (kecil) daerah pedalaman Segamat. Ah.. siapalah kita?
Saya dijemput memberi slot motivasi pada sesi pagi untuk kumpulan perfect score. Menarik dan kita harapkan Allah bukakan pintu kejayaan kepada anak-anak kita. Kami berbincang sambil minum pagi, hari ini kita membantu anak-anak orang dan mungkin pada masa lain, orang lain pula membantu anak-anak kita di luar sana. Itu kehendak Allah pastinya.
Dan saya amat gembira apabila pelajar menghargai apa yang kita sampaikan. Saya tahu ada sesuatu yang mereka dapat. Syukurlah.
WACANA AKADEMIA PERDANA: GANGGUAN SEKSUAL
Team kami menganjurkan siri wacana akademia sepanjang semester lepas dan memulakan sirinya pada semester ini dengan siri wacana perdana. Panel forum dijemput dari luar, dan malangnya ada yang tidak berkesempatan. Akhirnya, saya dipilih untuk menjadi salah seorang panel, selain Puan Farha (peguam dari Batu Pahat) dan Ustaz Narawi (kaunselor dari PPD Segamat) pada 1 Julai lalu.
Topiknya menarik, lebih-lebih lagi empat ciri -watak- pemangsa yang terkena batang hidung... he he..
SANG LEBAH
Firman Allah bermaksud; "Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, buatlah sarangmu di bukit, di pohon kayu dan di tempat yang dibikinkan manusia. Makanlah daripada buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan bagimu."
Sang lebah lazimnya bersarang tinggi, namun sesekali dia hinggap di pohon yang rendah. Sang lebah ini hinggap bersarang semalam sahaja di pohon delima hadapan rumah kami, sebelum beredar hilang entah ke mana.. Dalam hati saya amat berharap moga lebah ini kekal bersarang di sini, namun mungkin tempatnya kurang sesuai, terlalu rendah dan bising di sekitarnya.. lalu berpindah ke tempat lain.
Dan lebah ini mendorong saya membaca surah Al-Naml sekekita. Terima kasih lebah.
ANUGERAH KECEMERLANGAN
Sabtu lalu Pejabat Agama Daerah Segamat menganjurkan hari guru di Kg Gatum, Labis. Badan Kebajikan Sekolah Agama Buloh Kasap (PIBG) telah dipilih sebagai Badan PIBG Cemerlang bagi kawasan bandar 2010. Saya tidak pernah tahu, tidak pernah mengidamkan anugerah seperti ini. Kita sekadarnya melakukan sesuatu untuk pembangunan sekolah berkenaan, setelah tiga sesi saya menerajui badan ini.
Sebenarnya ia adalah anugerah kepada guru dan ibu bapa yang terlalu baik menjaga sekolah; Sekolah Agama Buloh Kasap. Terima kasih semua.
Thursday, July 1, 2010
POS KAD
Telah lama saya tidak menerima surat peribadi, tradisi yang hilang dan mungkin hanya menjadi sejarah belaka. Begitu juga kad, pos kad. Tetapi hari ini saya menerima satu poskad menarik daripada Nisah Haron.
Kalimah di poskad itu diingat benar terungkap ketika kami menyusuri Sungai Muar dalam program penulisan UPENA 2008. Kupu-kupu di buritan bot kebasahan memberi makna tersendiri pada Nisah, dan ia bernilai.
DR SITI ZAINON, PUAN SITI & HAJAH KADARIAH
Dr Siti Zainon gemar melukis, pantas pula menulis.
Puan Siti dari Melaka ni, baru berjinak dengan karya kreatif, tapi dia nampak hebat. Gagah.
Hajah Kadariah orang lama, pesara guru di Segamat. Dia banyak mengajar, banyak membantu anak-anak belajar BI. Kesungguhannya mengikuti program seperti ini telah lama wujud. Sejak lahirnya PPJ. Cerpennya menarik dan ada isu yang diketengahkan.
Saya kagumi ketiga-tiga penama ini. Mereka ada kehebatan tersendiri.
IKAN YANG MENGGIGIT
Subscribe to:
Comments (Atom)